Ahad, 29 Disember 2013

Maafkan Batman

Maafkan Batman kerana tidak rajin Update Blog ini oleh kerana sibuk dikerjakan oleh penjahat2 negeri Gotham. Banyak Batman ingin konsikan. seperti makanan, pakaian, dan juga pengalaman Batman kepada pembaca dan peminat (kalau minat la). Tapi tak mengapa, Batman akan sentiasa berada Online secara tak langsung.
Batman akan sentiasa update perkara2 ilmiah seperti perubatan dan juga membuat perkhidmatan kaunserling..

Jika berminat boleh tinggalkan komen anda di bawah.

*hilang*

Jumaat, 18 Oktober 2013

Susah nak melupakan

Susah nak melupakan bila dah buat keputusan tapi nak patah balik dan meratapi segala kebaikan masa lalu,
Namun setiap keputusan itu semuanya telah di takdirkan dan akan di lalui sama ada suka atau tidak. Memang bukan pilihan kita untuk memilih keputusan yang sukar, tapi itu sebenarnya adalah untuk kebaikan diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Memang sukar nak melupakan bila kita sedang berpura-pura gembira dengan teman baru, sedangkan memori lama baru berlalu kelmarin. Setiap kata-kata dan pengorbanan mengambil masa. Setiap diri kita sendiri memang menipu diri sendiri tapi apa kan daya kita hidup di dunia dengan penuh tipu daya dan kemampuan terbatas.
Anugerah perhubungan itu memang nikmat, tapi semakin kita hanyut dengan perhubungan yang kita tidak mahukan itu membuatkan kita terasa ini adalah salah, dan kita harus menghentikan, walaupon sebenarnya ianya seronok.
Aku melihat dari jarak yang tinggi untuk menilai watak manusia. Menilai di mana letaknya sayang pada seseorang itu? walau pon ianya dah hampir 4 tahun berlalu. Namun masih sukar untuk aku melupakan walau pon sekarang masing2 sedang bergembira atas lalulan masing2.

Hidup aku kadang2 terasa tertipu dengan pilihan yang aku pilih.

*hilang*

Jumaat, 19 Julai 2013

Ayat cliche

Salam 10 Ramadhan..

Hari ni BATMAN satu bende, bende ni dah lame BATMAN lalui dan masih melaluinya.

BATMAN dah kenal ramai pompuan. Dan BATMAN berkawan dengan mereka ni, maksud BATMAN bukan sekali gus kawan..
BATMAN nak cite penglaman tentang kata-katan pompuan.

BATMAN kawan dengan niat nak jadikan sebagai teman wanita BATMAN, tapi bila BATMAN luahkan niat nak couple.. ayat-ayat cliche ni selalu BATMAN dapat.

"KITA ANGGAP AWAK SEBAGAI KAWAN , TAK LEBIH DARI TU"

"SAYA ANGGAP AWAK SEBAGAI KAWAN JE..."

"AKU RASA KITA KAWAN JE LAH, LAGI SENANG KOT?"

"SORRY AWAK,"

"AWAK SAYA MINTAK MAAF SANGAT, AWAK MAAFKAN SAYA?"

"SAYA CUBA SAYANG AWAK TAPI TAK BOLEH, SAYA TAK NAK AWAK KECEWA, SAYA NAK KITA KAWAN JE"

"SAYA BUKAN UNTUK AWAK, "

"MUNGKIN AWAK AKAN JUMPE YANG LEBIH BAIK DARI SAYA"

BATMAN pelik...kalau ye pon diorang kata macamtu, ok fine la..BATMAN kawan la juga..orang kata kawan dulu baru la couple...tapi..diorang ni tak macam tu..maksud KAWAN tu sebenarnya...
 "I DON'T WANT TO BE YOUR GIRLFRIEND"...kan kaum pompuan?

Agaknya kalau kawan tu die leh anggap, kita ni leh buat cam tisu, bile die frust die leh cite kat kita macam2, pastu bile hapy tak yah perlukan....

Kalau camni macam mana BATMAN nak dapat awek...nak gak BATMAN rasa kene sayang ngan awek sendiri dari tompang awek orang...uppss....

ok la BATMAN nak tido..puasa ni buat BATMAN ngantuk..

*hilang*


Rabu, 3 Julai 2013

CATWOMEN OH CATWOMEN...


Malam ni BATMAN ade dapat satu info terbaru berkenaan dengan CATWOMEN. Dimana kini beliau sedang menjaga kucing2nya di sebuah tempat jauh dari bandar gotham.

CATWOMEN, seorang gadis yang cekal menghadapi kekalutan masalah dunia. Seorang gadis yang suka menjaga keamanan kucing.Seorang gadis yang tidak mahu dipergunakan oleh lelaki yang tidak senonoh. Ape yang aku tulis ni....

Satu cerita dari kawan BATMAN ada bagi tau, masa tu BATMAN takde kat situ sebab BATMAN sibuk menyelamatkan orang pompuan kene ragut memalam bute. Sempat gak BATMAN bagi nasihat sikit supaya ingat kat mak bapak dia...

Kawan BATMAN menceritakan satu kisah, di mana mereka memuji2 BATMAN di depan CATWOMEN. CATWOMEN yang dulu nye sombong langsung takmau tegur BATMAN, akhirnya memberi tahu kepada kawan BATMAN , bahawa sesiapa yang dapat BATMAN ni, untung orangnya..die kate BATMAN ni setia. Dari mana tah CATWOMEN tu tau tau je BATMAN ni setia.(blushing)..

Tapi nak wat camne dah..BATMAN dah malas nak mesra2 lagi dah..BATMAN sekarang dah ada tanggungjawab pada negara. Menyelamatkan rakyat dari orang jahat adalah kerja BATMAN.

ok tu aje la..

*hilang*

Selasa, 25 Jun 2013

Nasihat.

Salam Jerebu.

Malam ni agak lege sikit kerana IPU di tempat BATMAN semakin berkurangan. Dan cuaca di sini agak mendung dan mungkin akan hujan. Malam ni juga, BATMAN tak keluar rumah sebab jerebu la katekan.

Sementara kita tunggu jerebu itu pulih, BATMAN nak cerita sikit tentang beberapa perkara yang BATMAN  nampak dalam facebook. Perkara ni dah lama BATMAN sedar dan perlu bagi nasihat kepada jejaka-jejaka solo kat luar sana yang nak cari pasangan.

Kepada lelaki2 solo. BATMAN nak nasihatkan, jangan la korang nak ngorat orang pompuan yang korang add dalam facebook tu..selama BATMAN hidup, BATMAN dah cuba dah cara2 bodoh ni.. takan berjaya punya, ni di sebabkan psychology pompuan hanyalah perkataan.. diorang hanya tau cakap tapi xmahu lakukan.. jadi jangan terpedaya lah..kadang2 sedih tengok budak2 lelaki ni yang add pompuan ni, pastu "hai" kat wall die..padahal pompuan tu tak selalu pon update status die..kahkahkah..kalau tengok gambo pompuan tu hot, jangan la ko nak ngorat2 die, kalau die layan pon korang akan jadi mainan je.. dan kalau korang dapat nombor talipon pon jangan letak harapan terlalu tinggi, sebab nombor leh buang dan beli baru. tapi kalau korang dapat alamat rumah nye...erm...tu susuah sikit..kalau korang baik, maka baik la korang..kalau korang jahat...alamat budak pompuan tu jadi ape BATMAN tak tau..tapi sepanjang pengalaman BATMAN  takde lagi lah bengang tahap superman. Superman kalau die bengang die laser je budak pompuan tu ngan mate die..hilang terus..hahahaha...

Tapi lagi sekali lah, harap lelaki tak yah lah cari pasangan kat dalam Facebook ni sebab dah macam catalog dah. Yang budak2 pompuan kene lah paham, jangan cari pasal ngan lelaki..ingat, lelaki ni berani sikapnye, kalau silap orang, mau keluar berita tajuk " Perempuan mati di serkup ngan plastik"
"budak pompuan mati dirogol dek pakgad" dan macam2 spekulasi..

Harap budak2 zaman sekarang harus matang..kembali lah semula ke old shcool style dimana berkenalan secara berdepan..baru selamat dan boleh lah dijaminkan.

itu aje lah batman nak nasihatkan.

*hilang*

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu

Salam Malam Berjerebu.

Minggu ni jerebu semakin menjadi2, jadi harap2 semua orang pakai mask. jangan tak pakai sebab kesihatan itu mahal.
musuh kita sekarang adalah jerebu..kenapa lah ade orang bako hutan time2 camni....alah....

*hilang*

Khamis, 20 Jun 2013

24 jam tidak tidur.

Salam Malam Bergenalana,

Malam ni BATMAN  baru bangun dari tidur yang boleh tahanlah, 2 jam je tadi. BATMAN nak cerita yang semalam BATMAN tak dapat tidur selama 24 jam. bayangkan, 24 jam BATMAN tak rehat tidur. Ini semua gara-gara Mr. Ridler yang buat BATMAN tak tidur. Memberi teka teki yang tak masuk akal. Sampai jadi gila!!!! Nasib baik JOKER tak kacau. Kalau tak lagi GILA!!!.

Alhamdullillah semuanya ok selepas dapat menyelamatkan keadaan. Jawapan dapat di berikan.

Er...kepala otak BATMAN sekarang tak berapa nak center lagi...mai mai kejap...dalam gua ni banyak nyamok plak...

Er..ok la sampai sini aje..

*hilang*



Isnin, 17 Jun 2013

Salam malam berkumandang.
Malam ni BATMAN nak cerita sikit pasalderita cinta BATMAN yang lampau. BATMAN nak cerita perihal kesetiaan BATMAN kepada kekasih BATMAN (bekas kekasih).

Tak perlu lah BATMAN nak ceritakan perihal perwatakan EX-grilpren BATMAN tu.Lagi pon die dah jadi milik orang.
Cerita ni masa memula BATMAN bercinta dengan dia. BATMAN nak cakap BATMAN ni bagus, tak la bagus sangat tapi just nak Share pengalaman. Ok, masa memula BATMAN bercinta dengan dia, dalam lebih kurang 2 minggu pertama kitorang declare couple, BATMAN tak pernah nak berniat nak curang ngan dia pon. Dia pon ok ngan BATMAN. BATMAN ni seorang yang open minded, tak pernah nak rasa cemburu ke ape..cume kecewa sikit bila pasangan BATMAN terasa cemburu gile. Masa tu BATMAN hanya keluar makan ngan member sekolah (pompuan) BATMAN. Dia dah janji nak belanje BATMAN makan. So BATMAN mule taknak bagi tau pon kat ex-girlpren BATMAN ni. Tapi di sebabkan kepercayaan dan ketulusan, BATMAN  bagi tau aje la..bukan ade buat ape-ape pun..Tapi dia punya hangin, macam ape..tak pasal2 kene tengking. Nasib baik la BATMAN ni penyabar. Tu masa awal-awal. 
Lepas tu BATMAN dah tak jumpe lagi kawan sekolah tu. Member tu cantik orangnye.
Apa yang nak bagi tau tentang pengalaman BATMAN kat sini ialah:

BATMAN memang setia orangnya, tak de niat nak curang2. tapi orang ambil kesempatan. Walaupon jumpe ngan kawan sekolah pon kata curang ke? alahai...sekarang EX-girlpren BATMAN dah jadi bini orang lain. Yang kawan sekolah tu pon dah jadi bini orang lain. Semua yang sebaya BATMAN dah jadi milik orang..semua melepas.. disebabkan ape?? disebabkan KESETIAAN.

So, moral nya, takyah setia sangat pada orang yang cemburu ni. tu aje lah BATMAN leh konsikan.

*hilang*

Rabu, 12 Jun 2013

BATMAN takde keluarga. (-__-)


Selamat Malam,
Malam ni BATMAN taknak lh merepek sangat tak tentu pasal. Tapi ada sepekara yang perlu masyarakat tahu bahawa kehidupan yang sebenar kita masih lagi tak sedar tetapi itu lah kenyataannya. Kita selalu melihat rakan2 selesa, dan membandingkan diri kita yang belom lagi mencapai ke tahap rakan2 kita tu. Tapi sebenarnya kita dan rakan2 kita tu same aje. Bila ada masalah diorang pun kene lalu sendiri jugak.

BATMAN nak konsi satu cerita dimana pengalaman BATMAN semasa memula bertugas sebagai superhero.
Masa lebih kurang 5 tahun lalu, semasa BATMAN dalam gatal2 memulakan langkah untuk menyelamat dan meronda di kawasan pekan. Memang payah masa tu, peralatan dan kenderaan tak secanggih sekarang. Ada satu time tu, memang BATMAN sedang ade masalah, tersangkut kat tingkat 12 Flat Sri Cempaka. Masa tu baru try gedget yang BATMAN beli kat Low Yat. Penjual tu kata kalau nak guna alat ni kene dari tingkat 20.. jadi BATMAN pergi lah ke Flat Sri Cempaka tu. dengan harapan boleh try barang baru tu.

Setibanya di situ, buku panduan barang tu kata "TERJUN DULU KEMUDIAN TEKAN", jadi dengan bangga dan yakin boleh,malaysia boleh, BATMAN pun terjun tanpa segan silu.
Lepas tu BATMAN try lah tekan2 button tu. Apa yang jadi?

TAK JADI APE-APE!!!!

Menggelabah BATMAN capai segala apaian yang ada kat Flat tu..last2 dapat capai ampaian spender dari tingkat berapa tah..lalu tergolek2 dari tingkat tu, tau2 tengok tingkat 12. Tak pasal2 BATMAN kene turun pakai lift. Nasib baik takde orang tengok.
Jadi segala penat lelah dan kepayahan itu hanya sorang2 je yang layan.

Ini lah Gedget baru yang BATMAN ceritakan tu.

 First time bergambar masa time memula berjinak2 dengan dunia ke heroan.
Kenangan lama yang time BATMAN jatuh dulu masih simpan dalam loteng BATMAN.

OK itu aje lah BATMAN nak konsikan.

*hilang*

Isnin, 10 Jun 2013

Penungguan Di Asunta

Malam tadi BATMAN sedang membuat rondaan di Petaling Jaya Old Town, di mana terdapat satu kes, namun begitu BATMAN juga menerima maklumat dari seorang yang tidak mahu dikenali. Dia memberikan BATMAN sekeping CD. Malam nanti BATMAN akan chek apa isi kandungan CD itu. Sambil2 BATMAN menunggu penjahat yang hendak melakukan kerja pada malam ni, BATMAN pun penat, lalu BATMAN tunggu lah kejap dalam ASUNTA dimana terletaknya segala pesakit2 dari daerah itu.

Selepas itu, BATMAN pulang segera ke pangkalan. Highway persekutuan agak lancar malam ni. tidak jem sangat. tapi boleh lah.

*hilang*

Ahad, 9 Jun 2013

Selamat Malam.

BATMAN malam ni tak keluar memana sebab sibuk mengkaji kesan jenayah yang berlaku di kedai emas tempoh hari. Hari ni BATMAN hanya dapat sedikit infomasi pasal kes tersebut..susah juga nak mencari orang jahat ni..kadang-kadang pas diorang rompak langsung tak tinggalkan contact number. kalau ade senang skit nak call.
Tapi tak pe la..selagi bergelar BATMAN , aku akan berkerja untuk rakyat.

*Hari ini sambil makan kuih potong ngan minum air tin ice cream soda.*

Sabtu, 8 Jun 2013

Diet.


Selamat pagi..
pernah tengok Mr Penguin tak? yang selalu bawak payung kemana saje die pergi..bukan Pingu..tu kartun..tu baik orangnya. ni Mr Penguin..orang jahat tak tentu pasal. Aku ade cite sikit pasal die ni..
Dulu masa aku mule2 kenal dekat  satu gedung tempatan bersebelahan supermarket Giant seksyen 13. Gedung tu bukan jual ape pon, aku nak cite depan gedung tu, ade sorang lelaki jual ABC, gerai kecik je. Nama penjual tu Pamuvathan a/l Pingunathan. rajin orangnya. tak pernah merungut menjual ABC walaupon selalu kekurangan duit hari2.
Tapi lepas kejadian die termakan dedak penguin dari Zoo negara, maka die berubah perwatakan, die ketagih nak ice aje..bukan ice dadah tu.. ice kepal, ice batu, ice la..yang buat sejuk tu.. ok pastu die stop niaga kat depan gedung tu.
tak lama kemudian BATMAN dapati gedung yang dia buat niaga depan tu dah jadi markas die lak..camne BATMAN tau? sebab BATMAN nyaisat la..
Kesnya terjadi selepas kehilangan seorang anak Dato, di ketahui bahawa anak Dato ni dah 3 hari tak pulang rumah, lalu BATMAN dengan rela hati menyiasat. Setelah dapat mengesean anak Dato tu, baru lah tahu bahawa si Penguin ni nak gunakkan anak Dato tu sebagai ajen penjual ABC kat satu kawasan paling panas..iaitu, kat padang SAHARA!..
BATMAN pun dengan segera menyelamatkan anak Dato tu. menghalang segala niat jahat Penguin.
Tak lama pastu Penguin tewas dan diserahkan kepada polis.
Anak dato tu selamat.

Itu aje lah BATMAN nak share topik pada hari ni.. jangan nakal-nakal..senyum-senyum selalu..makan kuih koci pastu gi basuh tangan ya!.


*hilang*

Jumaat, 7 Jun 2013


Asalamualaikum,
Aku BATMAN. disini tak mahu cakap banyak, ape yang penting adalah tindakkan yang sewajarnya.
Sememangnya semua orang tahu yang BATMAN ni sebenarnya adalah watak komik. Ya, sebenarnya SALAH! aku lah watak tu. jadi, jika ada masalah melibatkan kemusnahan manusia sejagat..aku akan tolong korang..dengan bantuan aku. itu aje..

sekian.
yang benar

BATMAN.